1 Ogos 2015 Siasatan SPRM ke atas 1MDB

Polis menahan tiga individu bagi siasatan berhubung skandal rasuah 1MDB. Salah seorang daripadanya adalah lelaki berpangkat Tan Sri yang juga bekas penasihat SPRM, seorang pegawai yang berkhidmat di Pejabat Peguam Negara, dan orang ketiga adalah Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairi.

Polis menyerbu pejabat Ahmad Sazilee dan merampas sejumlah dokumen berkaitan 1MDB serta komputer riba.